,

TIPS ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK

Salam isnin kawan-kawan sekalian..hari ni saya dah masuk kerja balik selepas bercuti selama 2 bulan. Perasaan? Memang kalau boleh nak cuti lama lagi, tapi kali ni saya tak ada feeling2 macam tinggal Syamil dulu. Saya kebalkan hati, kentalkan hati..memang setiap kali pam akan teringat anak saya tu..tapi saya nak cuba jadi kuat..konon la..hihi..


Sambil-sambil pam kat surau, sembang dengan ibu-ibu tentang macam-macam..Selalunya memang topik anak yang menjadi pilihan..anak macam ni..anak macam tu..menceritakan keletah anak memang menggamit rindu masa di ofis..

Tiba-tiba masuk topik tidur asing dengan anak-anak..Ada yang sudah mengajar anak tidur dalam baby cot, ada yang tidur sekatil dengan bayi dan macam-macam style lagi..Macam saya sendiri anak-anak tidur dengan saya..walaupun saya memang nak ajar mereka tidur asing, tapi terlalu awal kot.

But saya dah ada plan saya sendiri nanti macam mana nak train mereka.

Saya rasa sangat perlu ibu-bapa ALERT tentang asingkan tempat tidur dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa pernah claim or dilabel KEJAM sebab asingkan tempat tidur anak terlalu awal. Percayalah..tindakan mereka adalah betul. Bukan kita nak mengikut style barat yang biar anak independent sendiri. Bukan itu sebabnya ok..


Sebabnya adalah zaman ini sangat pantas dan anak-anak kita, otak mereka sangat ligat. Tak macam kita dulu-dulu yang BLURR sahaja. Faham-faham sajalah bila suami isteri di dalam bilik. Privasi kita harus dipelihara even dengan anak-anak. Biar mereka hormat dengan cara kita. So bukan bila dah umur 5 atau 6 tahun baru nak ajar..itu dah salah. Kena praktiskan dari umur seawal 3 tahun. Ajar perlahan-lahan.













 Macam saya sekarang, memang 4 orang tidur atas katil sekali. Keras tulang..haha. Sangat lah tak selesa tapi sebab anak kecil lagi saya ikutkan je. Lagipun bilik agak sempit, lepas pindah nanti saya plan macam ni :

1. Anak-anak masih tidur di bilik kami tapi praktis tidur di bawah dengan toto atau tilam lembut. Tidur dan main-main dengan mereka di situ sampai mereka tertidur. Bila dah betul-betul lena, si ibunya bolehla kembali ke katil dan tidur dengan selesa ( again, ini bukan isu ibu nak selesa, anak kasi susah, ini untuk train anak ;) )

2. Agak-agak anak dah boleh berdikari sikit, ajar mereka tidur di bilik asing. Jangan tinggalkan mereka di bilik macam tu jer. Itu memang dah gaya western. Tidur atau bercerita dengan mereka sebelum tidur. Kalau boleh bilik tu letak shining2 star kat syiling ke..buat simple2 sudah..saya tak pernah pun nak buat bilik anak macam barbie doll tu..hihi..buat simple cost sudah.

3. Macam saya ada anak lelaki dan perempuan, so memang nak tak nak kena asingkan bilik mereka sebab Nabi dah pesan memang kena asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan.

Jom share cara anda pula ;)


Share:

2 comments:

ct said...

Saya dgn husband dh ajar ank sulung (3y) tidur di tilam yg diletakkan dibwh bersebelahan katil. yg bongsu(1y 7m) masih tidur bersama sbb masih breastfeed.

Yunita said...

Ya...seharusnya bayi mempunyai tempat tidur sendiri yang harus aman dan nyaman serta dengan mudah dijangkau oleh ibunya