Gallery

Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements
Assalamualaikum semua.
Sihat semua ye :)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Impian saya sejak awal tahun 2014 tercapai pada awal disember yang lalu. Seperti yang saya pernah cerita dalam entri sebelumnya, saya mendapat panggilan dari Allah untuk mengerjakan umrah :) Tiada yang lebih berharga daripada perjalanan ini. Semuanya Allah telah rancang dengan sangat baik.

Pada mulanya saya berniat nak pergi umrah pada mac 2015, tapi januari tu ayah mertua saya dah sakit, kemudian meninggal pada Mac 2015 :(. Masa tu saya redha dan ingat tak dapat pergi umrah tahun ni, tapi Allah maha mengetahui isi hati hambaNya. Umrah kali ini adalah reward paling besar untuk saya. Hanya saya yang tahu kenapa :) Biarlah jadi rahsia saya dengan Allah s.w.t.

Ok jom kita terus pada cerita pengalaman yang sangat bernilai ni. Moga mendapat manfaat kepada yang membaca, dan moga anda juga menanam niat untuk ke tanah suci ni :).

Saya dan suami menyertai Umrahs2u iaitu group shaklee under naungan Iffah Anuar dan Firdhaus. Masa tu memang saya dok mencari-cari nak pergi yang mana, kebetulan mereka ada offer, so mereka yang uruskan semua. Travel agent kami adalah andalusia. Alhamdulillah walaupun ada kekurangan , tapi kami di mudahkan oleh Allah untuk mengerjakan ibadat dengan baik :)

Bersama harta dunia kami. Anak-anak di tinggalkan demi sebuah perjuangan. Mereka tak mungkin faham, tapi mereka mungkin cuma rindu :)

Mak dan mak mertua saya. Mereka berdua menjaga anak-anak saya sepanjang saya di umrah. Syukur sangat emak2 saya ni membantu. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa mereka :(

Malaysia ditinggalkan buat sementara waktu
Kami menaiki Saudi airlines pada 6 disember 2015. Cepat-cepat saya masuk dalam balai berlepas sebab sikit lagi boleh hilang pertimbangan akibat berpisah dengan anak-anak namun saya kuatkan hati. Automatik lepas masuk balai berlepas, saya dah tak rasa apa. Allah juga yang mudahkan. Kami solat zuhur dan asar di airport kemudian berlepas pada jam 3 petang. Makanan memang best dalam saudi airlines, suami lah tak berapa sangat sebab dia suka nasi. hihi. Saudi airlines ni memang sesuai untuk orang yang gemar ala-ala pasta ;)

Selamat sampai di Jeddah
Kami sampai di Jeddah pada pukul 7.30 malam waktu mekah. Masa tu dah abis solat isyak, jadi kami hanya solat jamak dan qasar di airport. Urusan imigresen mengambil masa selama 4 jam. Tak terasa sangat lah bagi saya. kita fikir Allah mudahkan insha Allah mudah je. Cuma penat sebab tak tido sangat malam sebelum dan di flight pun tak tidur. Pada jam 2 pagi macam tu baru kami di bawa ke hotel kami. Agak jauh dari yang di janjikan, tapi kami ok je nak jalan. Best juga jalan-jalan cuma lenguh sikit kalau buat umrah pastu nak jalan balik hotel. Kami seboleh-bolehnya nak sembahyang 5 waktu di masjid haram. Alhamdulillah dapat kecuali Subuh masa malam mendaki puncak gunung hirak.

Mutawif membawa kami ke masjidil haram sejurus selepas meletak bag dan makan pagi di hotel. Masa tu berdebar-debar nak jumpa kaabah. Pertama kali kan. Macam nak jumpa kekasih hati pun ada. hehehe.

Subhanallah. Sangat cantik. Kagum je tengok
Gambar di atas bukan saya tangkap lepas tengok kaabah buat pertama kali. Masa 1st time memang tak bawak phone. Sebab nak fokus umrah. Tak ada gambar, tapi memori ada dengan saya dan Allah. Wordless. Mengalir jugak air mata sepanjang tawaf. Mengalir air mata sebab saya tak sangka saya dapat sampai ke situ, menangis sebab banyaknya dosa, menangis kerana betapa agungnya kiblat kita semua  :) . Sebak sangat.
Kemudian kami meneruskan umrah kami saie dan bertahalul. Ok insha Allah saya akan sambung pada entri seterusnya tentang perjalanan kami di bumi Mekah.

Nantikan ye :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments:

Video