Gallery

Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements
Ramai wanita suri rumah mahupun yang bekerja tidak dapat mengemas rumah 100% dalam keadaan kemas kerana kekangan masa dan halangan yang lain.
Saya ada sedikit tips yang mampu membantu individu yang sangat mementingkan kebersihan, kekemasan dan sedap mata memandang.
Tips ini bukan untuk ALL PERFECT. Tetapi hanyalah ALMOST PERFECT. Buat dengan cara yang santai, lama-lama anda akan biasa dengan kemas rumah tanpa menjejaskan masa dengan keluarga.
Bagi yang menyusukan anak, tips ini mungkin agak kurang praktikal, tetapi masih boleh diguna pakai jika anak sedang tidur. Apa-apapun PRIORITY IS FIRST :)
Sharing is caring!


 Yang ni selalu terjadi, kita akan fikir, nanti lah kemas, tapi lama-lama kita akan nampak banyak sangat nak kemas kan? So ni konsep manufacturing juga. DO IT RIGHT AT FIRST TIME. Sebagai suri rumah , semuanya kena sambil-sambil

 Yg ni memang sangat membantu. Sya pernah guna pisau yang tak berapa tajam. Memang melambatkan kerja dan membuang masa.

 Yang ni memang style saya. Multi task ni skil yang perlu ada dan memang akan ade once dah jadi ibu atau isteri. Multitask boleh bawa kebaikan dan keburukan juga. Asalkan anda pandai manage, insha Allah akan ok.

Contoh: Balik kerja pukul 7. Pukul 8 saya dah siap masa +kemas dapur + masuk pakaian dalam mesin + basuh pinggan

Semua sambil-sambil je

 Yang ni ikut selera masing-masing. Kalau hujung minggu memang nak duduk rumah, boleh lah kumpul dan lipat sambil tengok tv. Kalau tanpa gangguan, 45 minit siap lipat semua dah.

Saya guna konsep lipat baju tengah minggu dan hujung minggu..

Untuk anak-anak yang pergi tadika, saya akan recycle balik baju yang baru basuh. Senang. Kurang bakul baju nak lipat. 

 Apply lah tips ni. Senang hidup anda. hehe. Percayalah tak susah pun. Tak perlu beria sangat. Asalkan bersih sedikit. Nanti nak basuh hujung minggu tak adalah ambil masa yang lama sangat

 Ni memang tak ada pilihan kalau nak tengok rumah kemas. Kalau boleh tutup mata, then boleh skip step ini . 

 Saya selalu guna kain cadar lam untuk budak-budak masuk mainan di dalam tu. So that nanti boleh punggah terus.

 Yang ni memang kalau dah ajar, anda boleh kurangkan kerja anda sebanyak 10-15%. Kalau anak dah 5 tahun tu lagi senang. Banyak boleh delegates.

 This is my style. Suka letak atas table top segala benda yang nak masak. Kalau bawang nak guna 3 biji, 3 biji lah saya letak. Kalau nak guna cili 2 biji, 2 biji jugak saya letak. Dengan tu saya dah boleh nampak the next procedure. Dan kepala akan jadi ringan sedikit. hehe.


 Selamat mencuba ye :)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments:

Video