Gallery

Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements
Assalamualaikum semua..
Wah dah lama sungguh tak berkongsi entri di blog kesayangan kan? Lama dah nak share actually pengalaman saya sejak raya puasa dulu. Lama menyepikan diri sebab banyak sangat urusan yang menanti. Tapi memang hati dah nak share sangat2 pengalaman saya. Prinsip saya, bila kena kat diri saya, saya suka share supaya orang lain boleh ada rujukan jika mereka mengalami pengalaman yang sama. Apa orang kata, bila dah kena baru kita akan ambil tahu kan? Tapi entri ni panjang tau. So bersabar ye baca. hihi.


Lepas raya puasa haritu, mula-mula hidung start mengelupas tau. Pelik sebab tak ada pun pergi beach ke or mandi swimming pool ke or pakai produk baru ke. Saya particular bab produk2 ni. Memang dah tak pakai produk2 yang ada chemical. So saya tak rasa langsung produk yang saya guna atau consume sebab no new things. 

Saya ingat menggelupas macam biasa jer, tapi lama-lama dia jadi merah mcm rashes. Ala-ala malar rash dalam gambar ni.

ruam muka


Mula-mula very light, lama-lama mula jadi merah teruk. Memang suspect allergi ke ape je. Pastu pergi jumpa pakar kat SJMC. Dr tu best sangat. Dr Low namanya. First thing dia nak tengok kepala. Sebab dia cakap dandruf kat kepala boleh jadi ekzema kat muka. Ni first time tau knowldege ni tau. Dia tengok kepala kata tak teruk tapi boleh jadi itu sebabnya dan STRESS juga boleh sebabkan EKZEMA ni triggered. Ha, jangan main-main stress ni memang boleh bikin macam-macam problem. Jenis ekzema ni di panggil seborrheic dermatitis. Boleh baca lebih lanjut dalam  link yang saya sertakan. Memang punca utama ni adalah kelemumur dan jugak STRESS. Masa ni saya try semua supplemen tapi tak jalan sangat sebab dah over radang. Flare up dia kena turun dulu. Dr tu bagilah krim steroid dan non steroid. Of course steroid tu saya tak pakai sebab tahu kesannya yang boleh menipiskan kulit. Dr ada bagi jugak sejenis shampoo. 

Dua hari memang ok sikit. Tapi lepas tu makin teruk. Teruk yang memang menurunkan tahap konfiden level tau. Kena kat muka kan. Memang rasa down lah. Memang banyak membaca masa tu sampai satu tahap, bila baca saya jumpa fakta tentang SLE atau autoimun. Salah satu simptomnya adalah malar rash yang macam saya kena tu, kemudian sakit-sakit sendi. Sering tidak sihat. SLE ni penyakit autoimun di mana protein darah akan menyerang tisu atau organ sendiri. Kira macam antibodi sepatutnya attack bad sel je kan, yang ni dia attack semua termasuk organ-organ.

Masa tu Allah je tau macam mana perasaan tu. Memang saya ade lenguh2 badan tapi tak ada sakit sendi. Suami banyak bagi support la masa ni walaupun dia sendiri pun agak down jugak. Too early to conclude. Masa tu dekat sebulan dah macam tu. So decide pergi pakar no 2 since masa sabtu tu pakar SJMC tu tak ada. Second pakar tu saya pergi kat hospital ternama juga kat Shah Alam. 

Pakar tu memang bagus. Tapi saya tak suka sebab banyak negativiti. Pakar tu check kepala jugak. Kemudian dia tanya ada sakit-sakit sendi tak. Dia cakap nak ambil ujian darah untuk certain test.

Bila saya cakap SLE ke doktor? She was surprised sebab saya tahu. Hehe. Banyak sangat baca gini lah. Tapi tell you what, banyak sangat baca pun boleh stress! Masa ni suami dan diri dah redha lah. Seminggu kena tunggu ujian darah tu. Memang rasa lama sangat. Rasa tak tahu nak cakap apa. Rasa macam lost pun ada. Banyak sangat doa masa tu supaya bukan SLE. :( Di samping tu, dr tu ada bekalkan ubat prednisolone  ( oral steroid ) dan jugak krim steroid. shampoo pun ada chemical. Masa tu memang makan ubat tu without knowing yang tu adalah steroid. Lepas makan tu memang rashes turun drastik. Licin tau muka! Semua siap kata dah glowing. Tapi saya dah tahu tu effect ubat tu. Bila baca-baca memang banyak gak side effects. Yang jadi kat saya, saya sakit badan sangat2 pastu selera makan macam hantu. haha. Memang makan banyak. Muka jadi tembam dan ada weight gain. 

Saya reducekanlah ubat tu. Tapi kena marah dengan dr sebab nanti rashes tu akan datang. Huhu. Die suh makan lg. By the way, Alhamdulillah, keputusan darah semua ok :) Nak nangis rasa tau. Sebab one whole week tu saya dah merasa perasaan jika kena SLE/ Alhamdulillah allah jauhkan saya tu. Dia bagi dugaan yang amat kecil . :')

Tapi, dr tu kata, mungkin sekarang dalam darah tak ada, tapi future mungkin ada. Hope not lah. Dia cakap macam tu. Terus rasa dah pangkah dr tu. Creating negative vibes in me. Memang tak pergi langsung dah lepas tu. 

Alhamdulillah, lama-lama dah ok. Bila kena sun, dia akan naik balik. Mmg utk type of ekzema ni, kena pakai sun block. Masa jalan kat penang tu, naik balik teruk. Sebab saya dah stop steroid tu. Pastu saya on balik untuk reduce the flare up. Memang ok, tpi tak suka sebab kena depends on steroid.

Saya ni jenis degil. Degil sampai jumpa apa yang serasi dengan saya. Mula lah misi cari pakar ke 3. Alhamdulillah, Dr ni sangat ok!! Dr lee yin yin dari sunway medical center. Masa tu tak kena macam malar rash dah. Kena whole muka, dan sembab sangat. Mata semua dah jadi kecil. So dia kata macam allergi ni. Dia advise untuk admit. Sebab nak on ubat. Saya bagi tahu tak nak steroid. Dia pun setuju. Untuk drip je dia bagi hydrocot ( steroid ). 2 malam la. Kemudian dia bagi ubat antihistamine sahaja untuk reduce radang dan gatal. Alhamdulillah serasi. Better lagi antihistamine dari steroid. Krim dia bagi memang superb! Non steroid and steroid. Saya guna steroid tu sekejap je. 

non steroid. super best!



steroid

lip balm super best jugak!

Dr tu buat ujian darah lagi sekali. And yes, it is allergies! Normal blood count 100 untuk allergy, Mine was 300. Dr kata tak tinggi sangat sebab ada yang beribu pun. Alhamdulillah untuk itu :)

Punca? Mungkin dari environment, genetik or produk rambut. Sebab kalau makanan dia kata whole body akan kena. Suspect saya mungkin ubat rambut gugur atau pun shampoo. Wallahualam. 

Too much medication for past three months!! Sebab tu stop supplemen jap, sekarang baru continue balik. Especially OMEGA! OMEGA sangat bagus untuk kurangkan radang tau. Tapi jangan dah radang sangat baru ambil omega memang tak jalan sangat. Sekarang memang ambil OMEGA dan VITAMIN C. Yang lain masih ambil lagi. Alfalfa pulak bagus untuk allergi tapi tak start lagi sebab saya tau healing mungkin kuat. Slow- slow kayuh naaa.


Banyak hikmah ujian ni. Allah sayang kot. hehe. Terlalu banyak saya belajar sepanjang 3 bulan ni. Ilmu baru kenalah kongsi kan. Moga boleh jadi rujukan. Sakit tu untuk allah gugurkan dosa-dosa kecil kita kan. Sekarang ni pun masih on off jugak tapi saya control lah. Biar lembap muka dan jaga makan jugak :) Lepas ni plan untuk detox plak. Next entri kita share naaaa...

Selamat malam semua!













Nak cari shaklee??

 COD pun boleh : COD Shaklee Saujana Utama
Nak saya poskan pun boleh!

Your trusted Shaklee Independent Distributor,
Rehana
0122319979

1 comments:

Puan Wawa said...

Woww, nice sharing,

Video