Gallery

Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Assalamualaikum semua,

Dah lunch semua dah, baru lepas makan kat ofis ni. Selalunya masa lunch hour ni memang saya guna masa untuk blogging atau update bisnes sebab kerja kat rumah tak pernah stop. Hehe. Betul ke?

Actually memang semua kerja pun tak pernah stop. Kalau dah stop tu nanti bosan pulak betul tak. Sebelum apa-apa, anda kena tahu anda ni jenis macam mana orangnya. Kalau yang boleh tutup mata sebelah tengok rumah bersepah sebenarnya itu adalah satu nikmat! Sebab saya tak macam tu huwaaa..

Memanglah bagus rumah kemas bersih segalanya. Tapi anda kurang sikit dapat peace of mind. Dalam mind tu berjela list nak buat itu dan ini. Silap haribulan hidup anda memang fokus nak semua perfect which is impossible. Tapi sekarang saya pun dah boleh adjust sikit2.

Praktis makes perfect, rutin yang sama berulang-ulang mesti ibu-ibu pun dah expert kan. Cuma antara nak buat atau tak je.

TIPS nya senang aja.

1. Ikhlaskan diri : Memang kena betul-betul ikhlas, bila ikhlas betul2 tu tak rasa penat. Mintak lah kat Allah permudahkan segalanya. Masa nak masak, masa nak sapu. Masa nak cuci baju. Niat sebab nak dapat pahala dari Allah. Memang susahhhhh...siapa kata senang :( huhu. Tapi try dan try sampai anda boleh

2. Belajar delegates things pada anak atau suami. Tips ni saya dah kongsi sebelum ini dalam tips wanita berkerjaya

3. Solat di awal waktu  ( Yang ni saya fail lagi lah. Sebab kita fikir nak siap kan kerja dulu pastu baru nak settle solat tapi sebenarnya Allah tak suka kot. huhu. Cuba solat awal. Actually solat tu lah masa kita rehat tau. Cuba wirid lama sikit. Pesanan untuk diri sendiri. hehe.

4. Jangan lah OCD sangat. Kalau anak-anak nak main, biar buat sepah kejap sementara masak or kita settlekan kerja2. Lepas tu boleh pergi kemas, masa tu pun anak2 dah bosan main kot. hihi

5. Have a good & quality sleep! Pastikan tidur yang nyenyak tau! Sebab anda nak berkerja the whole day kan. Kena energetic!

6. Pengambilan nutrien yang cukup. Pengambilan multivitamin @ vitalea memang banyak membantu saya tau dalam uruskan rumahtangga saya. Kalau tak memang lembik aje!!


vitalea shaklee


Serius best multivitamin ni! RM 88.75 sahaja ada 120 biji! Memang berbaloi tau. Memang boleh jatuh hati dengan multivitamin ni. Kira helper anda lah ;)


Berminat boleh klik ORDER DI SINI 

Atau kalau nak COD pun boleh : COD Shaklee Saujana Utama
Nak saya poskan pun boleh!

Your trusted Shaklee Independent Distributor,
Rehana
0122319979








Assalamualaikum...

Korang suka minum teh tarik tak? Suka kan? Mesti kebanyakan orang suka teh tarik ni. Susah lah nak jumpa orang yang tak gemar teh ni. Kalau lepak mamak mesti teh atau milo ais paling favourite kan??

Saya antara penggemar milo dan teh juga.Tapi tak lah tegar sangat. Teh emak saya sangat sedap lah, alhamdulillah resipi turun ke saya dan setiap kali orang datang ke rumah, teh saya paling digemari oleh ramai :). Pernah ada sedara teringat-ingat teh saya tu. Hehe. Padahal biasa je. :)

Teh saya ada kelainan sedikit sebab ada letak garam sikit. Which is not good pun. Tapi sebab nak sedap kan, memang rasa berlemak-lemak gitu. Dan saya jenis rebus daun teh sampai rasanya turun betul-betul, Sebab tu kaw. Teh halia dan teh masala pun macam tu jugak. Kadang-kadang leceh jugak nak buat sebab kena tunggu mendidih, kemudian nak reneh daun teh, pastu tapis pastu nak bancuh susu dan gula. Saya tak guna susu pekat manis ye. Sebab gula sangat tinggi dan tak elok. Rasanya teh saya kalori low sikit kot. Hehe.

Kalori teh ni 100 kcal tau. Kalau pagi petang siang malam minum memang hampir 300 kcal jugak la. Almost sama sepinggan nasi dan ayam tau. Lagipun teh ada kafein, tak elok lah minum selalu kan? kan? Walaupun suka tapi saya memang akan kira lah berapa kali minum. Kadang-kadang seminggu sekali ataupun masa kenduri je. Dulu kalau kat rumah hari-hari bedal sebab sedap!

Insha Allah saya akan share lagi tentang cara kira kalori ni. Senang je tau, yang penting badan sihat. Oh ya, lupa saya nak share kalori ESP  pulak,one of my favourite drinks!

Oooo.. lebih kurang sama je dengan segelas teh tarik. Tapi dengan ESP boleh rasa kenyang sampai 3 jam lah untuk saya. For me not 6 hours sebab memang perut mintak nak makan apa-apa. haha. Dan yang bestnya bila minum ESP dan workout, anda punya muscle semua terbentuk elok. Tak ada gelebeh-gelebeh, Kira fit lah. Tapi kena workout.

Kalau minum ESP pastu tidur, memang otot gelebeh ye. Jom jadikan ESP sebagai rutin harian. Teh tarik pun boleh minum, tapi sekali sekala okla kan..kan??

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe


Ramai tau tanya betul ke flexible business shaklee. Ataupun hanya omong kosong? Mestilah betul cuma cabaran dan result agak tinggi sedikit berbanding yang boleh keluar. Selalunya, dalam rumah mereka hanya kuasai ONLINE target sahaja. Sama juga. Macam-macam cara ada kan nak buat bisnes. Jom saya share 3 tips utama untuk buat bisnes shaklee dari rumah sahaja :)


🌠 barang boleh order dari shaklee. Shaklee akan hantar terus ke rumah anda. Selalunya jika order hari ini, esok dah sampai. Anda cuma perlu forecast stok sahaja. Ikut pengalaman saya, jarang dah shaklee hantar barang lambat, dulu ada juga sebab nak selaraskan shipment dan walk in. Kadang tu, petang saya order, esok pagi dah sampai dah stok yang kita nak. Heaven! ;)

🌠 pos barang? Anda boleh daftar dengan pos laju atau gdex. Ikut tahap bisnes anda. Jika kena caj, boleh cover dari untung runcit anda. 

🌠 kelas coaching atau kelas marketing? Telegram ada, group whatsapp ada, webinar ada. Ramai yang ikuti kelas sambil menyusu anak, sambil lipat kain, sambil landing, siap dengan kain batik pun ada!

3 point atas cukup dah untuk bermula buat bisnes shaklee. 

Namun, perlu ingat point2 atas bukan boleh ikut selalu. Ada masanya, offline meeting dan offline coaching lebih kuat aura, kelas nutrisi jugak ada di adakan di branch2 shaklee. So, jika anda mampu pergi, anda akan untung lebih. 

Jika anda nak mula, tapi kenderaan pun takde. Atau jenis duduk rumah tak boleh keluar sebab anak nak jaga dan sebagainya, guna 3 point di atas tu. Kalau konsisten insha allah anda boleh keluar dari kepompong alasan. :)

Jom sertai saya untuk ketahui banyak lagi tips yang menarik hanya untuk anda :)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Hi ,
Dah lama rasanya tak share tentang penyusuan susu ibu atau breastfeeding kan? Maklumlah dah dekat 2 tahun nak bercerai susu dengan Aeisyah. Tapi tempoh hari, ada whatsapp dari seorang pembaca yang tanya tips tentang penyusuan. Jadi, saya mula balik lah nak share ape-apa yang patut kan. Untuk pedoman dan rujukan semua. Lagipun adik saya dan adik ipar saya baru melahirkan anak. So saya dalam proses membantu mereka untuk menjayakan misi penyusuan. Insha Allah moga di permudahkan :)

Hari ini nak share benda yang saya dah pernah share dulu. Cuma lebih dalam dan jelas. Saya pernah share dalam entri konsep asas penyusuan.
 
Ramai ibu yang dah tahu tentang ilmu penyusuan ini. Namun masih ramai juga yang tak tahu pasal ni. So sebagai awareness, saya kongsikan sekali lagi 5 sebab susu ibu tidak cukup untuk bayi anda. Sebenarnya ada banyak lagi, namun saya fokus yang utama dulu ye.  

SUSU IBU TIDAK CUKUPSelalu kita dengar tentang demand vs supply kan? Contoh yang saya boleh bagi ialah kita hasilkan susu sikit, tapi keperluan anak lagi banyak dari yang kita hasilkan. Isu ini selalu terjadi kepada ibu-ibu yang tidak mengepam 3 jam sekali atau tidak direct feed untuk anak sekerap yang mungkin. Masalah ini akan berlaku selalunya lepas habis pantang. Sebabnya, anak makin membesar, tapi supply kita sedikit sahaja. Sebab tu kena kerap menyusu dan pam jika anak tidak menyusu. Kalau menyusu, biarlah dalam 10 ke 15 minit baru breast akan betul-betul kosong. Lepas breast kosong secara kerap, otak akan hantar signal kata perlu susu banyak lagi. So lama-lama susu akan makin banyak  insha allah. Lagi satu cara cepat nak tingkatkan susu adalah dengan power pumping. Ada dalam entri saya tu. Klik je link untuk baca ye :)



SUSU IBU TIDAK CUKUP 

 Ha, sebab kedua adalah kurang minum air. Tolong lah. Tolong paksa diri tu minum air ye. Kurang-kurang 2 liter sehari. Tu paling kurang. Kalau nak lagi baik 3 liter tu is the best. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak-banyak sebab takut perut kembung dan so on, tu semua karut. Sebab susu ibu ni komposisi air 70%. Banyak kot. Kalau dah tak minum air mana nak datang susu kan??. Jika ibu-ibu tak bagi minum air, terangkan pada mereka. Kalau tak faham juga, minum la sorok-sorok. Haha. terpaksa lah. So amalkan minum air putih ya. Angkut je botol kat mana-mana you all pergi. Kalau puasa pun, kene minum masa sahur dan buka puasa. Dan minum air bukanlah sebotol terus. Kenalah berperingkat-peringkat ok?

SUSU IBU TIDAK CUKUP

 Kalau rasa susu tiba -tiba drop, kemudian korang period, so tak perlu risau sebab ini normal. Sebab hormon akan berubah, kalsium akan hilang banyak melalui darah, jadi ambillah pil kalsium atau makanan sumber kalsium. Dalam 2 3 hari macam tu akan ok balik susu tu insha Allah




SUSU IBU TIDAK CUKUP

 Saya pernah alami ini. Masa mengandung aeisyah, susu kurang mendadak. Yang ni pun sebab hormon berubah. Ada yang susu meriah lagi masa mengandung. Tapi selalunya kebanyakannya akan drop teruk. So bersedia lah dari mental dan fizikal. Boleh teruskan penyusuan asalkan tidak pernah gugur atau bleeding dan tidak sakit semasa menyusu.
SUSU IBU TIDAK CUKUP
LETIH & STRESS merupakan sebab yang selalu menjadi sebab susu merudum. Sebab tu, masa penyusuan, tidak boleh stress. Kalau stress pun cepat-cepat berzikir atau fikir yang baik-baik sahaja. Kadang-kadang susu meriah, tapi sebab stress boleh sebabkan susu tak keluar tau. So be happy ye! 

& juga

Faham betul-betul konsep penyusuan ok??

Pesanan penaja :

Set ini hanya untuk membantu penyusuan sahaja.Selain itu untuk ia bantu tingkatkan stamina dan kecergasan walaupun menyusu kerap :) 
 Tidak ada jaminan meningkatkan susu tanpa konsep asas yang di patuhi. TQ! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Ramai wanita suri rumah mahupun yang bekerja tidak dapat mengemas rumah 100% dalam keadaan kemas kerana kekangan masa dan halangan yang lain.
Saya ada sedikit tips yang mampu membantu individu yang sangat mementingkan kebersihan, kekemasan dan sedap mata memandang.
Tips ini bukan untuk ALL PERFECT. Tetapi hanyalah ALMOST PERFECT. Buat dengan cara yang santai, lama-lama anda akan biasa dengan kemas rumah tanpa menjejaskan masa dengan keluarga.
Bagi yang menyusukan anak, tips ini mungkin agak kurang praktikal, tetapi masih boleh diguna pakai jika anak sedang tidur. Apa-apapun PRIORITY IS FIRST :)
Sharing is caring!


 Yang ni selalu terjadi, kita akan fikir, nanti lah kemas, tapi lama-lama kita akan nampak banyak sangat nak kemas kan? So ni konsep manufacturing juga. DO IT RIGHT AT FIRST TIME. Sebagai suri rumah , semuanya kena sambil-sambil

 Yg ni memang sangat membantu. Sya pernah guna pisau yang tak berapa tajam. Memang melambatkan kerja dan membuang masa.

 Yang ni memang style saya. Multi task ni skil yang perlu ada dan memang akan ade once dah jadi ibu atau isteri. Multitask boleh bawa kebaikan dan keburukan juga. Asalkan anda pandai manage, insha Allah akan ok.

Contoh: Balik kerja pukul 7. Pukul 8 saya dah siap masa +kemas dapur + masuk pakaian dalam mesin + basuh pinggan

Semua sambil-sambil je

 Yang ni ikut selera masing-masing. Kalau hujung minggu memang nak duduk rumah, boleh lah kumpul dan lipat sambil tengok tv. Kalau tanpa gangguan, 45 minit siap lipat semua dah.

Saya guna konsep lipat baju tengah minggu dan hujung minggu..

Untuk anak-anak yang pergi tadika, saya akan recycle balik baju yang baru basuh. Senang. Kurang bakul baju nak lipat. 

 Apply lah tips ni. Senang hidup anda. hehe. Percayalah tak susah pun. Tak perlu beria sangat. Asalkan bersih sedikit. Nanti nak basuh hujung minggu tak adalah ambil masa yang lama sangat

 Ni memang tak ada pilihan kalau nak tengok rumah kemas. Kalau boleh tutup mata, then boleh skip step ini . 

 Saya selalu guna kain cadar lam untuk budak-budak masuk mainan di dalam tu. So that nanti boleh punggah terus.

 Yang ni memang kalau dah ajar, anda boleh kurangkan kerja anda sebanyak 10-15%. Kalau anak dah 5 tahun tu lagi senang. Banyak boleh delegates.

 This is my style. Suka letak atas table top segala benda yang nak masak. Kalau bawang nak guna 3 biji, 3 biji lah saya letak. Kalau nak guna cili 2 biji, 2 biji jugak saya letak. Dengan tu saya dah boleh nampak the next procedure. Dan kepala akan jadi ringan sedikit. hehe.


 Selamat mencuba ye :)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Assalam semua,

Saya pasti ibu-ibu di luar akan mengalami masa apabila anak-anak diserang demam campak atau chicken pox. Chicken pox ini sejenis penyakit yang disebarkan oleh virus herpes dan menular dengan sangat cepat. Sebab itu jika terkena chicken pox, memang wajib di kuarantin di rumah dan tidak dibenarkan bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Selalunya akan berlaku sekali dalam seumur hidup dan mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk betul-betul sembuh.

Anak saya Syamil kena demam campak masa merdeka hari itu. Masa tu dah pergi gambang, dah mandi bagai, malam tu masa saya nak mandikan dalam hotel saya dah notice bintik-bintik berbentuk belon. Yang ni memang saya dah tahu sebab dulu saya masih ingat masa kena ni. Alhamdulillah, Syamil tak teruk sangat kena. Atau memang dia kuat melawan virus tu. Within 7 hari dah sembuh. Tak ada demam langsung. Dan aktif macam biasa.

Selang 10 hari selepas itu, Aeisyah pula kena, Dia pun tak demam, tapi asyik merengek gatal sebab dia memang ada ekzema sebelum itu. Tak naik banyak tapi di celah pelipat dan leher ekzema dia kembali, Mungkin sebab calamin lotion yang saya apply atau sebab dia menggaru lebih teruk.

Macam turun-temurun, kami guna daun semambu. Untuk syamil saya guna cara rebus daun semambu dan mandi. Saya buat hari terakhir agak-agak dah kering chicken pox nya. Daun semambu ni memang banyak khasiatnya seperti yang di terangkan dalam Web MD. Sangat popular di kalangan orang india namun, sekarang ni dah menjadi popular untuk semua golongan juga kerana keberkesanannya.


Untuk aeisyah saya buat begini :

Daun semambu

Daun semambu saya tambah kunyit sedikit kerana kunyit terkenal dengan antiseptik. Tambah air sedikit sahaja. Kemudian kisar halus.

Demam Campak

Dah kisar tu, saya letak dalam bekas untuk sapu pada aeisyah. Alhamdulillah dia dah kurang menggaru. Kena sapu dalam 2 atau 3 kali sehari untuk hilangkan gatal tu.

Selain itu, saya memang keep on beri multivitamin kanak-kanak iaitu vitalea kids dan meal shake. Untuk parut chicken pox boleh guna krim herbal blend.

Selamat mencuba dan jangan risau jika anda mengalami situasi ini. Insha Allah, Allah akan mudahkan semua :)










Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Assalam semua, dah makan? saya baru sudah makan tengah hari. Hari ini saya bawa bekal dari rumah. Since aeisyah dijangkiti chicken pox, emak saya jaga aeisyah di rumah. Oh lupa nak entry tentang chicken pox kan. Next entry insha Allah saya cerita ye.

Anak-anak saya minum susu dugro so saya dapat lah bekas free dumex dugro ni. Dah 2 bekas dah terkumpul. Warna merah dan kuning. Anak-anak tak guna lagi, so emaknya yang guna. Heee..



LUNCH BOX HARI INI
Minggu lepas saya kena food poisoning akibat makan di cafe di ofis. Serik. Salah satu sebab kenapa saya bawa lunch box ni. Hope boleh jadikan habit selalu. Hehe. Tahu tak jimat sangat bawak bekal dari rumah ni. Sebab nya, memang saya masak hari-hari. So saya cuma perlu masak lebih sikit je. Infact, tomato yang saya guna untuk masak pun walaupun 1 biji macam terlebih je sebab kami makan dua orang je. So lagi jimat lah add on lauk sikit dan masak kan.

Kalau makan di ofis atau di luar, paling minimum saya akan belanja RM 10 tau. Untuk lunch sahaja. Saya memang kuat makan. huhu. Jom buat kira-kira kasar :

Sehari RM 10 x 26 hari ( bekerja) = RM 260

RM 60 tu kita tolak untuk masuk dalam lauk yang masak hari-hari. Tak banyak pun sebenarnya. Kalau lauk telur atau ikan bilis lagi murah. hehehe...

So anda dah jimat RM 200 sebulan! Banyak tu!
Boleh simpan duit untuk beli toys anak ke, beli collagen ke, beli vivix ke...ha..jimat2. Allah pun suka orang yang jimat-jimat ni.

Tapi kena maintain ye rehana..heee..;)

Selamat berbento!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Salam mommies semua,

Semalam saya jumpa artikel best tentang tips bekerja di rumah tanpa pembantu rumah. Dah lama saya tak up entri di sini. Dah kurang sejak maid saya dah tak ada. Secara jujurnya, bekerja dan menguruskan rumah tangga memang satu hal yang sangat mencabar.

Syukurlah di tempat kerja saya tak adalah kerja teruk macam kat production kilang dulu. Masa awal-awal tak ada maid, susah betul nak adjust masa. Sebab dah biasa ada maid kan. Hehehe.

Rutin saya, bangun pagi, gosok baju, tengok laptop sekejap jika ada masa untuk update bisnes shaklee, kemudian sidai baju , packing barang anak ke tadika, buat air suami dan buang sampah.

Antara tips-tips menarik yang saya gunakan :

1. Selalu dah rancang nak masak apa. Saya tak ada jadual nak masak apa tapi wajib saya fikir nak masak apa sebelum saya sampai di rumah. So saya fikir-fikir apa bahan yang ada dalam peti sejuk atau tak. Kalau tak ada saya suruh suami beli.

2. Sentiasa kosongkan sinki dengan segera, sebab bila balik rumah sinki tak kosong lagi memang consume time untuk saya kemaskan. So kalau ada masa awal pagi tu saya akan clearkan semua. Kalau tiba-tiba bangun lewat, saya akan buat lepas balik kerja

3. Saya tak ada masa hujung minggu untuk potong bawang siap-siap, sebab rumah saya selalu ada tetamu dan saya suka spend time dengan anak-anak saya rather than duduk di dapur lama-lama. Ikan pula, emak saya ajar kalau nak masak baru siang, baru lagi fresh :)

4. Masa masak tu la banyak multi task saya buat. Kalau sambil goreng ikan, saya akan basuh beras dan masak nasi, kemudian tengok ikan balik, lepas tu masuk baju kotor dalam mesin atau potong bawang, sayur-sayur. Kemudian baru buat sambal or kari or menu-menu lain. Selalu sementara masak saya akan basuh pinggan mangkuk atau entertain anak. Masa tu la anak punya request macam-macam timbul

5. Lepas makan semua baru saya kemas ruang tamu, sapu dan mop. Kemudian mandikan anak atau tukar baju anak jika perlu.

6. Solat magrib selalu saya akan pergi solat in between jika masa tak cukup. Sebab kalau lambat sangat saya prefer solat dulu di bilik bawah.

7. Lipat baju! Lipat baju memang sangat mendugakan bagi saya sebab saya tak ada masa nak duduk depan tv bagai. hehe. Kalau ada rancangan menarik saya akan tengok sekejap sambil lipat baju kemudian letak dalam bakul, kalau ada masa saya akan susun balik dlm wardrobe, kalau tak jumaat baru saya akan buat. :P

8. Untuk defrost ikan atau ayam, saya akan letak di bahagian peti bawah sebelum saya pergi kerja. So bila balik tu tak adalah lama saya nak tunggu. Lepas ni kena apply tips microwave tu. Berguna juga.

9. Clean as you go! Elakkan bertangguh-tangguh. Bagi saya kebersihan tu amat penting. Kalau buat on dot, memang tak perlu susah-susah hujung minggu nanti. Contoh, kalau rasa tandas tu kotor, saya akan cuci sekejap sebelum mandi. Sekejap je, tak perlu 10 minit or 20 minit. 5 minit dah cukup untuk bersihkan 'crucial part'. Do it right first time, konsep manufacturing yang saya belajar, contoh susun cawan terus elok2, lepas bancuh susu terus letak di tempatnya. Alhamdulillah suami banyak bantu untuk terapkan nilai ni :P

10. Rehat itu penting. Bagi saya rehat adalah semasa solat dan mandi. Sempat lah landing 5 minit kemudian sambung balik. Kita bukan mesin ye nak bekerja 24 jam non stop. Rehat tu penting. Kalau tak ada rehat, silap-silap asyik nak marah atau masakan tak sedap sebab tak ikhlas. :P

Itu sedikit sebanyak cara saya. Saya paling suka kalau tak perlu masak on weekdays walaupun minat saya adalah memasak. Memasak lepas balik kerja mencabar tau. hehe. Kalau saya tak perlu masak saya akan kemas chores yang lain. ;)

To all mommies,
You all super mom! Teruskan pancing pahala akhirat di dunia ini. Insha Allah.


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Setiap hari saya akan dapat pelbagai ragam customer. Hehe. Suka aja layankan. Ada yang kata

"Akak, saya nak kulit licin macam akak tapi tak leh la telan supplemen banyak-banyak ni "

Memang ada yang utarakan persoalan yang sebegini. So kalau nak cantik jom buat masker??? Tak perlu telan bagai tapi jika anda konsisten insha Allah kulit jadi flawless dan gorjes ( walaupun yang telan itu lah mencantikkan dalam dan luar..hehe, ini sebagai alternatif )

Saya share sikit ye cara saya :

1. Makan vitalea sebiji sehari ( ini sahaja yang kena telan ). Vitalea ni bertujuan untuk memberi tenaga, lebih cergas dan untuk kesihatan dalaman

2. Masker vitamin C - sebiji x 2 kali seminggu

3. Masker vitamin E - setiap malam sebelum tidur

4. Masker collagen - 2 minggu sekali

5. Masker vivix - sebulan sekali

Yang ni paling basic la. Kalau kira-kira kos sebulan tak sampai RM 100 pun. tapi boleh dapat facial bertaraf tinggi tau.

Nak tahu detail masker kenala PM saya...heehe....




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
bayi selesema

Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya cukup risau kalau anak-anak saya kena selesema. Memang akan fikir alternatif untuk sembuhkan selesema.


Tapi seperti yang ramai dah maklum, ubat selesema untuk bayi tidak digalakkan dan bagi saya memang tak akan ada kesan cuma bayi atau kanak-kanak akan tidur dengan lena sebab effect ubat itu. Tapi selesemanya tak pernah hilang. Ini pengalaman saya masa syamil. 3 hari bagi ubat selesema yang dibekalkan oleh doktor tapi tak baik- baik juga.

NAK TAHU PETUA TRADISIONAL YANG BERKESAN???

Tips ini memang patut dipraktikkan sebab keberkesanannnya hampir 90% pada anak-anak saya. 10% tu kita serah pada ketentuan Allah :) . Tips ni datang dari emak dan emak mertua saya. Jom tengok guna apa

petua tradisional
Daun bangun-bangun atau dalam bahasa tamilnya 'KARPURA VALLI'


Daun apa tuh? Tak pernah nampak ek? Memang jarang-jarang kita nampak daun ini sebab daun hijau ini hanya akan terdapat di rumah-rumah orang india atau pun di rumah orang yang memang dah tahu khasiat daun ini. Daun karpura valli ni banyak khasiat dan juga boleh jadi as milk booster. Tapi saya tak pernah try la.

MACAM MANA NAK GUNA DAUN INI?

Saya start guna lepas bayi dah lepas 6 bulan, kalau sebelum itu kena selesema saya guna cara tradisional yang lain , saya akan cerita tentang ini di akhir entri. Untuk bayi lebih dari 6 bulan:

1. Petik dalam 4 helai daun karpura valli / bangun-bangun ini. Pastikan daunnya besar-besar untuk kesan yang optimum.

2. Basuh bersih-bersih daun tersebut

3. Layarkan atas periuk panas atau perkakas panas. Ini untuk heat daun tu, tak yah layar atas api. 

4. Tumbuk daun tersebut sampai lumat

5. Perah daun yang dah di tumbuk itu

6. Masukkan dalam picagari ( selalu akan dapat 2-3 ml) 

7. Beri pada bayi

Boleh amalkan ini 2 hingga 3 kali setiap hari semasa selesema. Insha Allah hilang. Saya baru guna 2 kali memang akan kering selesema anak saya. Powerful leave! Anak anda mungkin akan berak hijau atau lendir, sebab daun itu menjalankan fungsinya. 


Kalau untuk kanak-kanak lebih setahun boleh bagi cara atas juga cuma dengan kuantiti lebih atau boleh di campur bersama madu. :)

Kadang-kadang kalau ada batuk atau kahak, saya akan campur dengan daun thulasi dan sirih.

Selain itu, saya akan sapu kunyit hidup yanng diekstrak jusnya atas hidung bayi. Yang ini pun cepat kering!
Kalau masa dulu bayi saya selesema teruk umur 4 bulan, saya guna teknik pengewapan.

Teknik pengewapan ini di ajar oleh dr rozita. Senang aja, panas kan air dalam satu periuk besar. Kemudian lepas mendidih guna asap itu, halakan pada muka bayi. Jauh sikit, agak-agak bayi boleh kena asap itu. Kalau ada vicks lagi best sebab baby akan rasa lega. Memang dia akan tidur lena lepas tu dan hingus tu selalu keluar bersama beraknya.

Ha, ada yang tanya macam mana nak cari daun karpura valli kan? Kalau rajin, boleh tanam sendiri. Kat rumah mak saya memang dah ditanam. Boleh cari pucuk atau daun ini kat kedai india yang jual bunga atau tepi-tepi kuil. Ye, saya memang cari bagai nak rak walaupun kat tepi kuil batu caves masa syamil selesema teruk dulu. Memang berjaya dapat. Nasihat saya, senang tanam aje. Boleh tanya pada kebun bunga yang jual herba-herba atau pokok ubatan.

Dan satu lagi petua, saya amalkan vitamin C +nutriferon semasa menyusukan anak. Memang membantu!!

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Jerawat? Jeragat? Memang jadi musuh utama para wanita. Kadang-kadang bila seharian kepenatan, muka pun terabai, lepas tu muncullah jerawat bagai.

Tapi banyak customer saya nak kesan cepat untuk jerawat ni..sebab makan vitamin memang selalu ambil masa sikit. So saya akan cadangkan makan vitamin dan juga buat masker vitamin untuk menghilangkan jerawat dan jeragat.

Ada macam-macam cara nak buat masker ni, jom intai sikit...:)


Masker vitamin E

Masker vitamin E ni selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat yang timbul tiba-tiba...memang kalau malam buat masker tu pagi tu boleh kering jerawat yang muncul tu. Terbaik!!
1. Picit vitamin E
2. Sapu minyak dari pil tu
3. Biar kering semalaman

vitamin e
vitamin E
Masker ESP+ Vitamin C

Masker ni selalu untuk mencerahkan lagi kulit..bila dah masker ni, memang kulit akan bertambah cerah dan gebu! Kalau rasa muka kering sangat boleh tambah yogurt. :)

masker vita c + esp





Nak cara membuat masker yang lebih detail? Jom roger saya..kita chit chat!!
Lupe plak, promo VITAMIN E masih ON!! JOM BORONG!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog ni, tersangatlah busy..anak perempuan saya dah menginjak 6 bulan lebih, nak masuk 7 bulan dah pun tapi sekarang baru nak bagi makan..hehe..biar dia betul-betul rasa nak makan baru bagi.

Ok semalam punya projek.. tak sampai 15 min saya dah siap buat homemade cereal ni. janji cuaca panas terik, Memang boleh siap!

Jom tengok cara-cara buat rice cereal yang sangat simple :

beras
Step 1: Basuh dan toskan beras . Lepas tu keringkan bawah matahari yag memang terik. Sehari je saya keringkan memang dah kering habis
beras kuning
Untuk memastikan beras tu dah kering betul-betul, sangai beras sampai kekuningan. Pastikan api perlahan dan kena kacau selalu. Lagi satu, bila sangai rasa wangi sikit beras tu :)

blend beras
Masukkan dalam blender dan blend sampai halus. Ni blender yang paling best saya pernah jumpa. Thanks to my mom sebab hadiahkan. Sangat-sangat berguna!

ayak tepung
Wajib ayak untuk dapat tepung yang betul-betul halus

beras halus
Tada!!! Halus kan..very fine! best !


simpanan beras
Simpan dalam bekas kering dan kedap. Boleh guna bila-bila perlu

simpanan beras
Masak atas api perlahan selama 5 -10 minit. Boleh campur maca-macam puri dalam ni. Kalau breakfast bagi la puri buah ke, puri sayur ke..Nyumnyum,...lagi rasa best
 Tu jer nak share hari ini.. Nanti saya share lagi kalau buat puri yang lain..:)
Selamat mencuba!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
 Fuh, baru siap slimming booklet khas untuk customer dan rangkaian ahli bawah saya..EKSLUSIF ye..
Bukan semua boleh dapat ni..hanya yang membeli dari rehanswardrobe atau ahli bawah kami...kenapa ekslusif? Sebab kami 1-1 dengan customer untuk memberikan hasil yang hebat!!

Nak baca tips menarik? Ada 2 pilihan:

1. Beli apa-apa produk shaklee dari kami atau

2. Register ahli dengan kami

Mudah sahaja kan!!!
Baru email kat customer..teruja dia untuk misi kurus!!hehe...


booklet :)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Ok jom kita share cerita tentang home organizing pulak, wee,teruja tau nak kemas rumah baru..dan HARUSLAH penat yang bertan2 sebab perah otak jugak nak susun barang bagi betul-betul organize.

Nak tahu rutin saya lepas ambil anak dari rumah mak saya buat apa? Masuk rumah, bagi salam, bukak tudung, sinsing lengan baju dan mula untuk memasak..Sebab paling awal saya sampai rumah pun dalam 6.30 - 6.45 pm, so saya kalau boleh memang nak siapkan b4 magrib atau paling lewat before kul 8 sebab by 8 pm tu saya dah boleh santai2 dah..dan encik suami balik memang perut dah lapar bunyi macam-macam lagu dah..

So sebab tu sangat penting organize barang dapur..sebab itu jugaklah saya kemas dapur dulu lepas pindah hari tu..

Macam mana saya simpan rempah? Sebelum ni dalam bekas-bekas biru yang pernah saya beli kat groupun dulu, terletak elok dalam laci, tapi Syamil boleh capai dan dia dah tumpahkan serbuk kari tu..huhu..sejak tu terfikir2 cam mana nak simpan since kabinet atas tu kalau boleh saya nak simpan dekat dengan tempat masak so saya nak capai.tapi ruang sangat kecil plak..so terpaksa saya tukar kepada jag yang comel.. daiso mari RM 5 sebijik,,mcm mahal ,tapi cute dan ruang sangat limited saya memang pakai benda ni..


Saya label di pemegang je sebab senang nampak. Father in law saya puji ni..hihi..die kata macam dalam lab dah..hehe..tapi memang sangat membantu label ni esp bila saya pernah terkonfius dengan serbuk ikan dan daging..habis kari jadi tak sedap..hihi..nampak teratur..perfect dengan bekas minyak kat sebelah tu.. ;)

Ini pula cara saya simpan santan..kalau dulu2 beli santan peket tu terus campak je dalam peti sejuk. hihi..so bila time emergency nak guna memang haru lah..so saya letak dalam bekas ais macam dalam gambar. so bila nak masak tu saya keluarkan kiub 1 je..senang cair bila masuk dalam masakan..




Kalau tengok kat sebelah santan tu ada cili giling yang dah di bekukan..sebab saya blend banyak2 terus. Masa weekend la selalu MIL saya buatkan..tips untuk tahan lebih lama..letak garam dalam cili tu..memang tahan..dan kalau lagi bagus letak dalam freezer macam dalam gambar..1 day before boleh turunkan kalau bekas yang sebelumnya dah habis..

ps : so tak perlu tambah garam dalam masakan..rasa dulu baru add on..kang terlebih masin plak..:P

Sekian tips untuk hari ini...;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Video