Gallery

Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements Shaklee Supplements
Assalamualaikum korang,

Hari ni kita up resipi lagi nak? Memandangkan resipi yang saya buat last week mendapat sambutan baik dari FBians. So saya post kat blog jugak. Memang ada yang tak ada Fb kan?


homemade food
Tak sangka tahu lebih dari 900 share resipi ni. Memang ramai suka homemade food kan. Semestinya nak yang terbaik untuk anak-anak lagi-lagi kalau resipi tu mudah kan. Saya buat nugget ni dalam masa sejam lah. Adalah dapat untuk 90 biji macam tu. Kira 4 atau 5 kali makan. Jom cekidaut resipi!

homemade nugget ayam
 Ni bahan-bahan dia. Boneless chicken. Saya beli je yang siap-siap dah tak de tulang, telur 2 biji, garam, pepper, oregano, tepung gandum. Senang je bahan-bahan dia kan.

homemade nugget ayam
 Mula-mula, campur semua bahan dalam blender ( kecuali tepung gandum dan bread crumbs). Blend sampai kisar.

homemade nugget ayam
 Kemudian tambah sedikit tepung gandum untuk lebih pejal. Jangan letak banyak nanti rasa tepung lagi dari ayam

homemade nugget ayam
 Tadaa..Siap dah. Bulat-bulatkan adunan macam kat bawah ni. Bulatkan atas tepung gandum so that tak melekat.
homemade nugget ayam
 Agak buruk di situ. tapi tak pe bukan nak jual pun. haha.
homemade nugget ayam
 Golek atas telur jap
homemade nugget ayam
 Pastu atas bread crumbs jap
homemade nugget ayam
 Nampak cantik sikit dah kan
homemade nugget ayam
 Dah siap untuk di frozen. Banyak jugak dapat. Dalam 500 g rasanya
homemade nugget ayam

 Goreng dengan api kecil!

homemade nugget ayam

Nyum nyum! cicah dengan sos best. Saya punya nugget ni kurang garam. So agak tak rasa tapi still sedap bila cecah sos. hehe. Kalau nak lagi sedap masa uli bebola ni letak keju mozarella. Lagi layannnn...bila panas-panas makan meleleh cheese tu. Sodap!

Selamat mencuba!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Assalamualaikum semua, 

Salam sabtu semua. Best kan weekend, the most awaited time for everyone. Hari ni husband dah pergi kelas. So minggu ni memang duduk kat rumah je la jawabnya, hehe. Dah delegates all the job chores kat weekly maid. Bila dah delegates, saya boleh fokus kerja lain spt update blog, main dengan anak-anak, or other simple jobs. 

Hari ni nak share resipi kari ikan tanpa santan versi mamak tau. Hehe. Minggu lepas saya ada bawak kat ofis, bagi akak-akak department rasa. Dia orang suka sangat sampai tanya resipi, Saya email mereka, dan dia orang dah cuba pun. Hasilnya, they loved it so much! Alhamdulillah. Happy sangat bila dapat sebarkan ilmu tau. Lagi-lagi husband dan mak diaorang pun suka, lagi dia orang suka la kan. Memang semua wanita nak please their husband and mothers selalunya kan..kan...

Kari ikan ni saya belajar dari mak dan mother in law. Cuma mak saya buat cair, MIL buat kaw. Tapi dua-dua pun sedap dan yang penting kurang kalori sebab tak ada santan. 

Sumber google. Memang lebih kurang la rupanya. hehe

BAHAN-BAHAN

Ikan besar ( tenggiri / bawal / jenahak / merah )
Bawang merah 
Bawang putih - 4 ulas
Bahan tumis 3 serangkai ( tak masuk bunga lawang atau pelaga tu tau)
Daun kari
Tomato 1 biji
bendi
Sayur kelo
Mangga muda kalau ada
Serbuk kari ikan BABAS
Asam jawa
garam

CARA-CARA

Sangat lah senang.
1. Cuci ikan bersih-bersih. Ikan kena bersih dan hilang bau hanyir baru sedap karinya. Basuh dengan asam jawa dan garam
2. Kalau nak lagi sedap goreng ikan dulu sikit. Tapi kalau nak kurang kalori, tak perlu goreng.
3. Tumis daun kari, bawang, bawang putih, bahan tumis sampai naik bau. 
4. Masukan 4 sudu besar serbuk kari ikan dan tumis sampai pecah minyak. Jangan letak air banyak. Tumis smp pekat dan letak garam.
5. Lepas dah pecah minyak, letak air asam jawa, bendi / terung / kelo / mangga muda dan biar mendidih.
6. Lepas mendidih baru masuk ikan. Bagi masak kejap, pastu terus tutup!

Senang sangat. Bagi saya kalau ikan dah siap siang semua, kari ikan lah paling senang untuk saya.
Selamat mencuba!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Assalamualaikum semua..

Hi semua. Im on my 1st day on DETOKS. So far so good! Tapi entri ni kita cerita dulu kenapa kita kena DETOKS. Ingat ye, DETOKS dan DIET adalah dua benda yang sangat berbeza tau. DETOKS bukan nak kurus semata tau. Banyak lagi benefits DETOKS yang anda pasti teruja kalau tahu. 

Toksik ni datang dari macam-macam cara ke dalam badan kita seperti persekitaran, pencemaran , diet yang tidak betul, kafein, drugs, processed food, artificial foods, gula tapis dan macam-macam lagi. 



15 TANDA YANG ANDA PERLU DETOKS JIKA ...

1.  Anda suka nak makan. Anda kerap makan dan rasa tak kenyang walaupun dah banyak makan. Suka nak makan benda-benda manis. Yang ni memang tanda toksik tinggi dalam badan. Hati- hati

2. Anda mudah lesu dan cepat penat. Rasa berat je badan anda walaupun anda kurus!

3. Senak perut dan badan sentiasa berangin. Kerap sendawa

4. Ketagih kafein

5. Mood yang tidak baik sentiasa. Cepat naik marah dan stress

6. Sukar fokus dan sering hilang fokus dalam melakukan sesuatu

7. Migrain atau sakit kepala yang kerap

8. Sembelit atau mengalami masalah penghadaman 

9. Depression / STRESS

10. Kawan-kawan mula menegur tentang bau badan dan bau mulut. Yieeww..

11. Berat naik mendadak dan sukar untuk turun walaupun DIET

12. Sering lupa dan sukar mengingat


13. Lenguh-lenguh badan dan tidak FIT

14. Kulit wajah kusam dan berjerawat

15. Insomnia atau tidak boleh tidur malam


Ha, anda ada simptom-simptom di atas? Saya pun ada simptom2 ni, sebab tu saya dah  join misi # detoks bersama Shaklee. Baru hari pertama, nanti dah selesai 7 hari detoks saya akan share secara detail pada you all semua ya :) 

Jangan biarkan toksik bermaharajalela kat dalam badan you all. Nanti hilang satu nikmat tau  :)


Ok alang-alang dah cerita kenapa you all kena detoks, jom tengok benefits DETOKS pula :)



Korang tak nak ke hidup lagi sihat? Rugi ooo...Kalau dok stress memanjang kat rumah dok marah anak bini tapi rupa-rupanya sebab toksik semata. Rugi aih. 

Kalau you all nak join boleh whatsapp 0122319979. Ok ;)









Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Assalamualaikum,

Hi korang, lama dah tak up post kan. Sebenarnya saya busy dengan misi detoks. Start pun belum tapi dah busy bagai kan. Haha. Esok baru start detoks. Huwaa..Makan sayur dengan buah je esok. Okla semua mesti nak tahu pasal DETOX tu tapi kita tengok cerita menarik di dapur kita ok!

basic h
Nampak tak betapa teruknya sebelum digilap tu. Sakit mata tau tengok. Ni kuali kesayangan saya tau dari TEFAL, saya beli dengan bonus shaklee yang dikumpul. Mahal kualinya tapi best sangat pakai.  Sebab tu bila jadi rupa gitu, sedih lah jugak. Sebab saya ni asyik nak masak. Asal masak, asal sedap, basuh dalam tu bersih cukup dah. Masa weekend aritu baru perasan teruk benar rupanya. So saya pun basuh guna basic H. Nampak beza kan. Jadi lawa dan berkilat cantik. Suka tengok macam ni. Tak adalah stress nak memasak lepas ni. Haha. Saya guna 2 titik je basic h pas tu sental macam biasa.

Pastu kan, nak cerita, kawan kita punya testimonial ni. Kualinya rentung sebab lupa nak tutup api. OMG, happened to me before. Last time lupa nak tutup sambal udang, kering dah sambal pastu husband call bising2. haha. Tp boleh di selamatkan lagi lah udang tu. Yang kes ni, memang hardcore! cuba tengok ni.

tefal

 Sedih nya lah kan tengok. Kalau saya memang dah stress. 20 jam gosok pun tak hilang kot. 
Tapi lepas tengok ni jadi happy balik kan..:)


kuali

Kawan saya guna basic h + dish wash, superb kan!

Helper saya yang setia di dapur 
.
.
.
.

A must have item in every kitchen. Tak mengecewakan langsung!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
 Hye semua...Bulan ni promosi OMEGA GUARD  tau. Jom tengok testimonial yang awesome ni!











PROMOSI HEBAT BULAN APRIL
BUY 6 FREE 1.
SUPER JIMAT
HUBUNGI SAYA
0122319979

Hello readers,
Hari ini saya compile 56 soalan lazim tentang ESP yang dijawab oleh pakar nutrisi Shaklee, Puan Sarah. Puan Sarah ni sangat best tau. Siap boleh whatsapp dia kalau nak tanya apa-apa kemusykilan. Kiranya tak adalah menggagau tanpa panduan kan..kan... Ok jom baca dan fahamkan tentang protein paling unggul ; ESP!!


1.Apa yang dimaksudkan Soya Non-GMO?

-> Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormone tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan



2. Bagaimana Isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?

- Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas/kerja yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.



3. Bagaimana soya esp berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?

-kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.



4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.

--kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Protein diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (spt: hormone untuk kesuburan & sel-sel system pembiakan)



5. Soya Tidak elok untuk Lelaki Fakta Atau Auta??

-Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki



6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebb ader sesetengahnya x pernah tahu yng dia alergik soya.?Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya

-sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.



7. dari segi perbidanan melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dlm kekacang. fakta atau auta?

-Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.



8. berapa sudu yg sepatutnya di ambil dlm sehari? ada yg kata 3 sudu, ada kata 6 sudu. kalau melebihi kuantiti ESP yg di ambil, adakah ia memudaratkan ?

-> sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari.protein yang ada dlm ESP ialah 14gram.Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dgn ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.



9.kenapa amik esp boleh jadi naik berat badan dan kenapa ader yang amik sembelit dan jadi sampai buasir.

-> Pengawalan berat badan perlu seimbang dgn kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dgn pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurus nya dan menyebabkan berat naik.Perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik



10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?

-> Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast

- boleh diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal)



11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen2 Shaklee yang lain?

-> Boleh, tiada masalah



12.ada mitos kata soya tak bagus utk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif. apa komen nutritionist. 😁

-tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan. Sama juga untuk kulit bayi sensitive.





13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel2 kanser (makanan sel2 kanser). Fakta atau auta?

-> Soya Non GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya.Soya ini juga dibasuh dgn air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam



14. bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism,  hyperthyroidism,  pesakit buah pinggang yang belum  atau sedang menjalani dialisis?

- untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doctor pakar dahulu.



15. Adakah ESP penyebab baby ruam? (Baby dah 4bulan) fully bf.

-> Tidak

-



16. Adakah soya / Esp Menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

-> Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium.disarankn untuk ibu mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium



17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya spt ESP? Jika tidak boleh..apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?

- untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doctor sebelum mengmbil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.



18. Bolehkah ibu yg menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? ada apa2 kesan sampingan pada bayi?

- Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doctor.



19. Org gout bleh ambil esp ?

-> Boleh



20. Ibu menyusu yang minum esp...adakah ia memberi kesan ke atas berat bdn bayi?adakah akan bertambah atau sebaliknya?

-> Bergantung pada pemakanan ibu dan anak



21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?

- kerana ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh bedan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kanaikan otot akan mempengaruhi berat badan.



22. Bagaimana cara makan ESP yg betul untuk elak berat badan naik?

-> Rujuk jawapan 10



23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP Kerana Boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.

= Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormone.



24. Adakah esp boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan @ bila dah xambik...(sebab ade cust ne dia sibuk dok ckp sebab esp la ne dia gemuk skrg....dia ambik utk susu huhuu)

-> Tidak. rujuk jawapan 9



25.apa kaitan minum esp boleh putihkan kulit?

-> ESP adalah protein, asas pada bina sel.pabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem turut sihat.jadi pabila sel kulit sihat, maka organ sihat dan kesan sihat itu adalah putih, gebu

- ini kerana sumber protein yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan lengkap dengan kandungan asid amino. Protein diperlukan dalam membina sel-sel kulit yang baru, jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, pengambilan protein yang berkualiti tinggi adalah penting.



26. Kanak-kanak  boleh consume ESP tak dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai utk kanak?

->tidak digalakkan.sebaiknya ambillah Mealshake



27. Berapa sukatan pengambilan esp untuk pesakit diabeties?

- pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.



28. Apakah bukti yg soya esp adalah non-gmo?

- kerana Shaklee ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.



29. Pengambilan Esp dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar?adakah ada kesilapan dlm pengambilan?

-> Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein (105kcal).proses penyerapan protein setiap individu berbeza.sekitar 5-9g setiap jam.jadi dlm masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata2x..Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dgn ESP



30. Esp dikatakan bagus untuk pesakit gastrik..kenapa? Adakah ia disebabkan esp mempunyai unsur kalsium ?

- Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.



31. Bagaimana soya dikatakan membantu wanita yang menopause.

-wanita menopos adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons (hanya soya yang dibasuh melalui air sahaja) dapat membantu dalam mengawal penurunan hormone ini.



32. ESP expired coz jarang ambik still boleh consume? Ade effect x?

-> Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date



33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?

-> Rujuk jawapan no 9



34.Betulkah kesesuain pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

- Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan.



35. Bagaimana esp mengekalkan kesegaran?contoh banyak esp produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain esp bau pun kadang2 lain dah. Kdg2 customer tanya kenapa bau esp tak sama untuk semua tin? Mohon pencerahan.tq

- kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada ketika itu.



36. Betul ke ESP x boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan SOYA di dalam ESP?

-Soya bukan penyebab kepada penyakit cyst, tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doctor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.



37. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan Untuk turunkan berat..adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana?

-> Kene faham konsep pengambilan ESP.Bukan salah ESP.rujuk jawapan soalan no 9 dan 10



38. Ibu yg (xde eczema) masih BF bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil esp. betul ke?

- Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.



39. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dlm badan wanita?

-Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormone original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormone.



40. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan Untuk turunkan berat..adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana?

-> Rujuk no 37



41. Ibu yg hamil (xde eczema) ambil ESP semasa kehamilan akan menyebabkan bayinya itu eczema. betul ke?

-rujuk pada jawapan 38



42. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?

- kerosakan buah pinggang bukan disebabakan oleh factor pengmbilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.



43.siapa yg memang tak boleh ambil esp? mereka yg asid urik tinggi boleh consume esp?
-          Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doctor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.



44. berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang nak kurus dan yang nak jaga kesihatan?

->saranan 3 sudu besar satu hari

-disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.



45. Ada kah gatal2 badan selepas consume esp sbg healing crisis?atau alahan kpd kacang soya?brapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna esp

->kemungkinan.observe untuk 2-3 minggu.banyakkan minum air

-sebaiknya buat pemerikasaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosng secukupnya setiap hari



46. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama consume boleh gebus gabas. Ada yg dah consume lama, belum cerah2.

-> ESP bukan ubat tp supplement.ia bertindak untuk bina sel.pabila sel sihat, maka organ dan sistem turut sihat.selain itu, untuk vitamin kulit.boleh ikhtiar dgn vitamin C, E dan Collagen.




47..adakah esp boleh menyebabkan loya , muntah ,   cirit birit dan demam panas?

->bergantung pada individu.tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961



48..bolehkah esp diambil oleh pesakit yang disyaki denggi,?

-Boleh..tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukup2nya.



49. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita

-ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.



50. Kenapa selepas minum esp, ada yang membuatkan org rasa bloated dan naik angin.

-> Dikhuatiri kurang makan dan kurang air

-banyak factor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.



51. Sekiranya ibu hamil mmg consume esp dr sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum esp lagi, adakah suggestion cara minum esp yang boleh dikongsikan?

-> Minum ESP dgn mencampurkan dgn minuman lain seperti jus, milo






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Video